Thursday, December 31, 2015

Ubat Kanser yang 10.000X Lebih Kuat dari KemoTerapi

Ubat Kanser yang 10.000X Lebih Kuat dari KemoTerapi

ANDA SUKA MAKAN JERING?

(saya share supaya lebih banyak yang suka jering hehe )

• Ternyata JERING merupakan buah ajaib untuk membunuh sel KANSER & 10.000X lebih kuat dari KemoTerapi.
• Spt diketahui, pohon jering dikenal varietas jering.
• Kita bisa menfaatkan buah Jering dgn cara memakannya langsung sebagai ulam, di buat jus, minuman sorbets, kueh, emping jering dll.
• Hal ini menghasilkan banyak kebaikan, tapi yang paling menarik adalah efek yang dihasilkan pada kanser dan tumor.
• Buah ini adalah obat yang terbukti melawan SEMUA JENIS KANSER.
• Jering dianggap juga sebagai spektrum anti dadah terhadap infeksi bakteria dan kuman terbukti dari baunya yg adikuat. Efektif terhadap parasit internal dan cacing, dpt mengatur tekanan darah yang terlalu tinggi & berguna sebagai anti stress, memerangi stres dan gugup.
• Sumber informasi menarik ini berasal dari salah satu produkdi obat terbesar dî dunia yg mengatakan bahwa setelah lebih dari 20 ujian laboratorium yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkap bahwa :
Jering bisa MENGHANCURKAN SEL² GANAS dî 12 jenis kanser, termasuk usus, payudara, prostat, paru² dan pankreas.
• Kekuatan buah ini menunjukkan 10.000 kali lebih baik dari produk adriamycin, obat kemoterapi, biasanya digunakan dî dunia, memperlambat pertumbuhan sel kanser.
• Dan bahkan yg lebih memeranjatkan : jenis terapi dengan ekstrak Jering hanya menghancurkan sel² kanser ganas & tdk mempengaruhi sel² sehat.

Institute of Health Sciences, 819 Sweden Riset Biosains. L.L.C. Cause Street.

Sebarkan berita baik ini, demi kesehatan kita semua.
Bersyukurlah bagi yg boleh makan
Jom mkn jering
������

Tuesday, December 29, 2015

Baja cecair






Tips 2
  1. Sediakan Tong sampah berpenutup
  2. Masukan 20% tanah dalam tong tersebut
  3. Masukan air dalam tong sersebut melebihi paras tanah tadi
  4. Masukan sisa makanan (nasi,batang sayuran, dll) dan tutup tong tadi
  5. Peram bahan-bahan tadi sehingga 14 hari
  6. Masukan sebotol Yakult 
  7. Masukan juga Yis (serbuk penaik pon boleh)
  8. Peram semula dan tunggu 7 hari

selepas 7 hari peraman tersebut akan menghasilkan cecair. tercair tersebut banyak mengandungi bahan organik. Tuan Puan boleh mengunakan cecair ini untuk membaja, samada mencampurkan cecair ini dengan air biasa atau terus ke pokok. tetapi sebaiknye mencampurkan sedikit air biasa. sebanyak mana pun cecair ini dugunakan ia adalah selamat.

Baja Kompos

Antara bahan-bahan membuat baja kompos

 
  • Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.
  • Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)
  • Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.
  • Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.
  • Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria
  • Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti
  • Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.
  • kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)

Kaedah Membuatnya:
  1. Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan
  2. Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering
  3. mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi
  4. Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik
  5. Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi
  6. Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
  7. Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa yang penting baja kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya warga desa yang pastinya mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung begitu sahaja seperti sisa rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen membuat baja kompos yang dapat dijayakan oleh para pelajar sebagai satu aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja.

Thursday, December 17, 2015

Teknik semaian pokok cara paling mudah. Teknik sebegini terkenal di thailand

Teknik semaian pokok cara paling mudah. Teknik sebegini terkenal di thailand,di sana pelbagai kaedah di hasil kan untuk menanam/semaian pelbagai jenis pokok bunga/hiasan/buah-buahan,kan memudahkan kerja kita ni.
Mai kita cuba teknik ini.
Sama2 kita kongsi ilmu yang berguna dan baik ini, untuk semua .
Sebarkan.
#semaipokok #mudah #pokokbuah #durian #jambu #guava #floral #tree #plant #roses #grape #kiwi #fig #rambutan #berries #herb #herba #rempah #simple #semai #tanampokok #malaysia #thailand #cuba #kaedah #water #great

Bahan.

Span bunga basah.
Ubat akar/serbuk putih. Boleh di beli di pusat jualan pasu dan tanaman.
Air secukupnya

Kaedah
1. Potong span ikut saiz kecil
2. Kerat batang pokok yg sesuai untuk semaian dan celup dlm ubat akar.untuk cepat tumbuh akar
3. Cucukkan pada span tadi
4. Rendam di dalam air
5. Biarkan hingga dia berakar
6. Ubah ke dalam pasu kecil
7. Bila sudah mulai membesar ubah ke dalam polibag
8. Pembajaan yang cukup
9. Siap untuk di tanam ke atas tanah.

Wednesday, December 9, 2015

Isu tangkap khalwat yang diselewengkan

ISU KHALWAT..
Asri Wahhabi Tipu Teks Imam Al-Ghazaliy.

1- Asri Wahhabi berbohong keatas Imam Ghazali apabila menukilkan kenyataan Imam  Ghazali pada kes Hisbah (Team Rasmi Pencegah Mungkar) secara tidak amanah hanya demi menampakkan kononnya Imam Ghazali sepertinya melarang Hisbah menangkap khalwat atau mencegah maksiat.

2- Sebenarnya dalam Kitab Ihya Ulumuddin jilid 3 mukasurat 28 tu yg dinukilkan oleh Asri Wahhabi secara tidak amanah..hakikatnya Imam Ghazali menyebut begini:

"Maka ketahuilah sesungguhnya sesiapa menutup pintu rumahnya dan terhalang dengan dindingnya maka tidak harus (keatas Hisbah) masuk kedalam tanpa izinnya untuk mengetahui maksiat KECUALI ianya zahir berlaku dalam rumahnya secara jelas diketahui orang di luar rumah SEPERTI suara seruling dan gitar yang kedengaran menembusi dinding dari luar rumah. Maka barangsiapa yang mendengarnya harus baginya (hisbah) masuk ke rumah dan memecahkan alat muzik itu". Tamat.

Jelas Imam Ghazali disitu tak berikan contoh pada isu tangkap khalwat tetapi memberi contoh pada keadaan Hisbah menahan orang yang main muzik yang haram. Keduanya pula jelas Imam Ghazali bagitau jika diketahui didalamnya ada maksiat maka diharuskan penguat kuasa masuk untuk tindakan.

Tapi Asri Wahabi konar kut lain dan kaitkan terus dgn isu tangkap khalwat dan jika ya pun.. Imam Ghazali dah bagi pengecualian disitu bahawa ia dibolehkan  keatas Pencegah Maksiat masuk bila ada zahir maksiat itu didengari.

3- Yang disebut oleh Imam Ghazali pada isu khalwat adalah begini:
"Maka maksiat itu ada 3 keadaan..yang ke 3 Apabila kemungkaran itu dianggap akan dilakukan..SEPERTI berkhalwat dengan wanita asing...
Dan berkhalwat dengan wanita ajnabiyyah itu..adalah WAJIB dicegah. -MS 27 (rujuk gambar).

Maka jelas pada isu Khalwat imam Ghazali membenarkan Penguat Kuasa mengambil tindakan.

Dan terakhir..
pada M/S 33 Imam Ghazali sebut..
"Jika Penguat Kuasa diberitahu oleh 2 lelaki atau seorang lelaki yang adil memaklumkan bahawa didalam rumah si fulan itu bahawa sifulan itu minum arak atau sedang bersiap untuk minum arak maka PenguatKuasa boleh masuk rumahnya TANPA IZIN untuk mencegah kemungkaran".

Dengan ini jelaslah bahawa Asri wahhabi berbohong keatas Imam Ghazali dgn dakwaan kononnya imam ghazali seperti dia tak benarkan Hisbah mencegah kemungkaran walaupun telah mencukupi syarat.

Dasar wahhabi memang begitu menipu keatas kesemua teks ulama Islam demi mengaburi mata masyarakat hanya krn nafsu serakah syaitonnya.