Sunday, February 21, 2016

Orang minda Negatif ini, ada satu persamaan. Hidup mereka hanya tunggu dan lihat

~Seorang Jutawan senyap berkata,
“Orang paling teruk nak dilayan ialah, orang minda Negetif (minda).
Apabila bagi free, mereka akan kata, itu perangkap. 
Apabila diberitahu, ini perlukan pelaburan kecil, mereka jawab, pulangan sikit sangat.
Apabila diminta untuk buat pelaburan besar, mereka jawab, tiada duit.

Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata, tiada pengalaman.
Apabila diberitahu, ini bisnes tradisional, mereka kata, susah.
Apabila diberitahu, ini model bisnes yang baru, mereka akan kata, ini MLM.
Apabila diminta buka kedai, mereka kata, tiada kebebasan.

Mereka ini, mempunyai beberapa persamaan :-
– mereka suka bertanya di Google
– suka dengar cakap kawan yang minda Negetif macam mereka juga
– berfikir lebih banyak daripada seorang professor
– tetapi sedikit buat kerja, lebih sedikit daripada orang buta

Cuba tanya mereka, “Apa mereka boleh buat?”
Mereka tiada jawapan.

Kesimpulan yang saya boleh buat,
“daripada jantung anda berdegup kencang,
apa kata, buat je kerja laju-laju.
Daripada berfikir tak habis-habis,
lebih baik buat sesuatu”

Orang minda Negatif ini, ada satu persamaan.
Hidup mereka hanya tunggu dan lihat.
~~~~~

Wednesday, February 10, 2016

Formula Pengiraan Bata

PENGIRAAN BATA

Formula Pengiraan Bata :
Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok Contoh 1 Ikatan Stretcher( lihat rajah A) Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m² = 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 60 biji bata untuk ikatan Stretcher) Jumlah bata = 900 ketul Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4) Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu : iBerpandukan bilangan bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³ ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³ Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³ Dalam kiraan beg/kampit = 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag Pasir = 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³

IKATAN STRETCHER / SISI BATA (1/2 BATA TEBAL) PENGIRAAN BATA : Fornula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok Contoh 2. Ikatan English ( lihat Rajah B) = Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m² = 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal) Jumlah bata = 1800 ketul Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu : iBerpandukan bilangan bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90 m³ ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90 m³ Simen = 1/5 x 0.90m³ = 0.18 m³ Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit = 5 bag Pasir = 4/5 x 0.90 m³ = 0.72 m³

KERJA-KERJA MELEPA FORMULA : Panjang x Lebar 25 m x 3 m 75 m² Ketebalan lepaan 19 mm = 75 m² x 0.019mm Jumlah Mortar = 1. 43 M³ Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5 = 0.286 M³ Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25 8 beg/kampit Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5 = 1.14m³

KERJA-KERJA JUBIN FORMULA PENGIRAAN JUBIN : LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN Contoh 1: Juka saiz jubin 300 mm x 300 mm Luas Kawasan = panjang x lebar = 25 m x 3 m = 75 M² Luas Jubin = 300mm x 300mm = 0.300 m x 0.300 m = 0.09 m² Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m² = 834 keping

KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED) FORMULA : Panjang x Lebar 25 m x 3 m 75 m² Ketebalan mortar 20 mm = 75 m² x 0.020mm Jumlah Mortar = 1.5 M³ Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5 = 0.30 M³ Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25 = 8.5 beg/kampit Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5 = 1.2 m³ KIRAAN PELEKAT ADHESIVE FORMULA :Panjang x Lebar = 25 m x 3 m = 75 m² Ketebalan adhesive 5 mm = 75 m² x 0.005m Jumlah Mortar = 0.37 M³

PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT FORMULA = Panjang x Lerbar x Tinggi = 15 m x 5 m x 1 m Isipadu konkrit = 75 m³ ( Nisbah Bancuhan 1:2:4 ) Jumlah simen = 1/7 x 75 m³ = 10.72 m³ Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg/kampit = 303 bag/kampit Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³ = 21.43 m³ Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³ = 42.86 m³ KAEDAH PENGIRAAN ATAP Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping) Contoh Pengiraan: Luas Kawasan = 15m x 5m = 75 m² = 75 m² bersamaan 807 k² Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k² = 807 keping Nota: Anggaran Pingiraan a) 1m3 simen = 28.25/bag b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)

Kredit; Kontraktor Malaysia