Tuesday, March 16, 2021
Saturday, March 13, 2021
Guna Ikan Reject Yakult Lihatlah Pucuk Baru Durian
Sediakan 3 bahan dibawah ni iaitu 1kg Ikan laut (sebaiknya ikan yang belakangnya warna hitam), 1kg gula merah (kisarkan) dan 1 botol Yakult.
Gaulkan kesemuanya dan peram dalam bekas dengan penutup tuala, jangan kedap udara. Maksudnya jika tutup rapat, kemungkinan ia akan meletup, jadi pastikan ada sedikit angin masuk.
Peraman selama 14-21 hari. Siap! patinya ditapis dan simpan dalam bekas lain.
Cara guna baja FAA: Nisbah campuran adalah 3ml mol ikan + 2 liter air tanpa klorin. Semburan pada daun, batang atau pada tanah.
Bagi yang baru nak tanam boleh sembur dalam lubang tempat nak tanam. Mudahkan? Cubalah hari ini, anda pasti akan teruja melihat kesan penggunaannya!
Subscribe to:
Posts (Atom)