Cara² nk buat semburan serangga,ulat,semut,hama,kerinting dan mcm mcm mslh tanaman.Blh baca.Saya dah share bbrp bulan yg lps.Ni saya copy semula utk beginner yg baru join grup ni.Lengkap semuanya.Mudah sangat.Saya guna bhn² yg ada di dapur shj.
***************************************************
Kredit: Liyana Mohd Poad
Baik, saya sediakn cara-caranya di sini.
1)Sediakan botol minuman 1.5L.
2)Ambil sesudu besar serbuk kunyit dan masukkan ke dalam botol yg sdh disediakan.
3)Ambil 5 tangkai cili padi sama saiz.Patahkan 2 atau 3.Masukkn ke dlm botol.
4)Ambil 5 ulas bawang merah yg kecik (bukan bawang putih atau bawang besar). Belah dua dan ketuk sikit bg pecah lalu dimasukkan ke dlm botol tadi. Kulitnya sekali ya.
5)Isikan penuh air biasa ke dlm botol.Goncang.
6)Peram semalaman dlm suhu bilik. Saya letak bawah sinki.
7)Keesokannya (slps 24 jam) dah blh digunakan.Isi dlm botol spray.Tak prlu tambah air lagi.Spray pd pokok yg brmasalah terutamanya daun.Sesuai utk semua pokok sayur dan bunga berumur sebulan ke atas. Fungsi kunyit utk mematikan kulat /hama/kutu/ulat dsb pd daun dan batang. Cili padi dan bawang sbg agen pemangkin kematian.Ibarat wajah yg berjerawat, kunyit digunakan utk mengecutkn jerawat dan digunakn pd waktu mlm.
8)Syor saya, gunakn dua atau tiga kali seminggu. Petang sahaja,pukul 6.30 ke atas.
Bakinya blh simpan. Bukan dlm peti sejuk.Letak dlm suhu bilik.Air semburan ini blh tahan sehingga 7-10 hari shj.
Lengkap ye.