Thursday, September 26, 2024

Mikrob power utk reputkan jerami tuan puan

Mikrob power utk reputkan jerami tuan puan. 

Nampak tak makhluk halus tu. Kalau tak dikawal tau tau malam nanti melimpah ruah dari tong tu. Kene bagi ruang utk mereka bernafas.

Bayangkan mereka bekerja 24 jam tanpa tidur. Bayangkan mereka dpt reputkan jerami bertan tan dalam sawah sehingga menjadi baja kompos organik yang terbaik

Bayangkan mereka dapat menyuburkan tanah dari ph 3.0 hingga ph 6.5 dalam hanya 1 musim sahaja ( 3 hingga 6 bulan),  tanpa penggunaan kapur. Nak guna kapur pun takde masalah dan tambah sahaja mikrob sebab mikrob ni bende hidup dan sentiasa memperbaharui.

Cara menyediakan IMO2 @ Pereput Jerami

Langkah 1

PENYEDIAAN IMO1

Masalah tanah tidak subur, tanah keras, ph tanah masam, pokok bantut walau dah bagi baja.
Jom belajar buat IMO ( Penyubur tanah ) dengan langkah sangat mudah dan murah. Insyaallah selepas ini tanah akan subur dan anda pasti gembira. Langkah menyediakan IMO1

1.Masak nasi, 

2.Masukkan dlm bakul berjaring dan biarkan sejuk, selepas sejuk tutup dengan plastik dan letakkan dlm bakul berisi daun buluh kering. 

3. Boleh dibuat di rumah sahaja, letak bakul berisi daun buluh kering di tempat teduh di kawasan rumah. 

4. Simpan nasi selama tiga hari dua malam

5. Pastikan nasi tidak basi selepas tiga hari. 
Kalau basi maknanya x jadi. 

6. Kali pertama biasanya mikrob belum berapa kenal, hanya ada sedikit sahaja mikrob.. cuba buat lagi sehingga terdapat kulat putih yg gebu.

Langkah 2

Penyediaan IMO2

1. Ambil nasi yg sudah diletak dlm bakul buluh dan timbang.

2. Gunakan pada kadar nisbah 1: 1 iaitu 1kg nasi ( IMO1) dan 1 kg gula merah

3. Digaul sehingga sebati

4. Masukkan dlm. balang dan tutup dengan kain. Ikat kuat2. Biarkan selama 5 hari. Selepas 5 hari gantikan kain tadi dengan penutup balang kedap udara.

5. Selepas itu sudah boleh digunakan pada kadar 100ml IMO2 + 100ML mol kangkong & Mol Ikan untuk 20 liter air. 

Sembur pada tanah seminggu sekali.
Sesuai utk disembur pada kompos utk mempercepatkan aktiviti penguraian.

Jika tiada kesempatan buat boleh beli dari saya😃

utk info produk dah siap

www.wasap.my/+60143108040/pereputjerami

https://www.facebook.com/share/p/R3QJbYWCLkTuPxuW/?mibextid=oFDknk

by
-wahida hambali-
SRI ORGANIK

#sriorganik
#pereputjerami