Wednesday, June 22, 2016

PANDUAN TANAM PISANG BERANGAN

PANDUAN TANAM PISANG BERANGAN

Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang mengusahakan ladang seluas 65 ekar di Johor.

Pastikan setiap pokok pisang yang ditanam mengandungi 8 pelepah daun sahaja.

Kekalkan bilangan pelepah daun pisang kepada 6 pelepah apabila jantung pisang telah keluar.

Untuk pisang berangan hanya 10 hingga 12 sikat buah sahaja dikekalkan. Selebihnya dibuang bersama jantung.
Ini penting bagi menghasilkan buah yang besar dengan berat yang maksimum.
Setelah jantung pisang dibuang bilangan daun pelepah pisang yang dikekalkan hanyalah 4 pelepah.
Pada waktu ini pembajaan pokok hendaklah dihentikan bagi mengelakkan buah pisang menjadi mangkal dan seterusnya menjejaskan kualiti buah.

Anak pisang pertama hanya dibela setelah jantung pisang keluar bagi memastikan pokok induk yang benar-benar subur.

Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.

No comments:

Post a Comment