Resipi Baja FAA
Bahan:
- Ikan laut – 1 kg (paling bagus ikan berwarna biru gelap atau hitam sebab kaya dengan asid amino)
- Gula merah – 1 kg
- Baldi – 5 L
- Kain kasa
- Botol 1.5 L
Cara buat:
- Cincang ikan kepada beberapa bahagian kecil. Jangan buang isi perut atau insang.
- Masukkan ikan dan gula merah dengan nisbah 1:1 iaitu 1 kg ikan + 1 kg gula merah ke dalam baldi
- Gaul sehingga semua bahan sebati
- Tutup baldi dengan kain kasa dan ikat dengan tali atau gelang getah
- Label tarikh pada bekas
- Selang 3-4 hari kacau bahan peraman agar proses penapaian berlaku dengan lebih pantas. Sekali sekala akan kelihatan buih muncul tanda mikrob sedang menjalankan tugas mereka.
- Peram selama 10 hari. Jika ada lapisan lemak selepas 10 hari, boleh bubuh 1-2 sudu makan mikrob baik.
- Tapis dan masukkan ke dalam botol 1.5L
- Simpan baja ini di tempat gelap dan dingin
- Baja ini boleh bertahan 6-12 bulan.
Penggunaan:
- Campurkan 3 mL baja ikan + 1L air.
- Boleh juga guna sukatan satu sudu makan baja ikan ini dicampurkan dengan 2L air.
- Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok
- Boleh juga siram keliling pangkal pokok.
Pilih lah mana-mana cara yang mudah bagi kita. Yang penting kita berikan pada tanaman kita baja FAA ini. Barulah nampak kesan yang bagus.
Nota Tambahan:
- FAA kaya dengan nitrogen N merupakan baja yang bagus untuk siraman atau semburan foliar untuk mempertingkatkan pertumbuhan semasa fasa pertumbuhan (vegetatif) dan sesuai digabungkan dengan baja cecair lain seperti MOL
- Jika kita membuat mikrob baik (EM) untuk digunakan pada proses pengkomposan bahan organik, campuran FAA yang dicairkan 1:500 akan mempertingkatkan aktiviti mikrob baik seterusnya mempercepatkan proses bahan organik menjadi kompos.
- Untuk sayuran berdaun, menggunakan FAA secara berterusan (semburan seminggu sekali) akan meningkatkan hasil dan memberi rasa sayur yang enak dan beraroma.
- Disebabkan FAA kaya dengan unsur N, maka tidak digalakan sembur atau siram FAA semasa pokok masuk fasa pembungaan kerana akan mengurangkan putik bunga muncul dan hanya pucuk serta daun sahaja keluar.
- FAA daripada ikan sardin, kayu atau tongkol amat baik untuk menghalau serangga perosak. FAA ini mengandungi minyak ikan hasil fermentasi yang mengeluarkan bau agak ketara. Ini merupakan penghalau terhadap sesetengah serangga seperti hamama, lalat putih, afid, bena dan koya.
- Jika terdapat tulang-tulang ikan yang tidak hancur selepas ditapis, masukan ke dalam cuka kayu atau cuka nipah bagi menukarkan bahan ini kepada baja kalfos.
Untuk suburkan pokok, baja merupakan elemen yang sangat penting. Dan jika anda mencari alternatif selain baja kimia, anda boleh membuat sendiri baja organik, dan video ini kami tunjukkan cara-cara untuk membuat baja daripada ikan atau Fish Amino Acid (FAA).
Selamat mencuba! See Less
Selamat mencuba! See Less
No comments:
Post a Comment