Sunday, September 1, 2019

Orang Thailand Guna Susu Untuk Pastikan Buah Labu Lekat dan Menjadi



Orang Thailand Guna Susu Untuk Pastikan Buah Labu Lekat dan Menjadi

Proses pendebnungaan perlu dilakukan di awal pagi kerana bunga akan layu menjelang tengah hari. Kita bukan lah pekebun tegar memang nak usahakan ladang labu. Jadi adakalanya terlepas pandang dan tak sempat nak lakukan pendebungaan. Tambahan pula, bunganya labu mekar tidak sekata. Hal ini menyebabkan ada antara bunga yang telah mekar tidak sempat kita lakukan sendiri pendebungaan. Bagi mengatasi masalah ini, anda tetap perlu mendapatkan bantuan secara semulajadi dari agen-agen pendebungaan.

Untuk pastikan agen ini datang, elakkan penggunaan sebarang racun serangga buat sementra waktu. Disamping itu juga, anda perlu menarik

Bagai mana nak tarik serangga yang akan melakukan pendebungaan? cuba resepi semburan ini. Bahan-bahan: 2 sudu makan susu tepung 20 liter air Cara-cara: 1. Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam botol semburan 2. Sembur pada keseluruhan pokok terutamanya pada kudup-kudup bunga labu di awal pagi.

No comments:

Post a Comment