Kebiasaanya, untuk tujuan pembiakan pokok pisang penggunaan anak pokok menjadi
pilihan kerana ia lebih cepat untuk dituai. Tapi bagi pengusaha ladang yang memerlukan
kuantiti anak pokok yang banyak dalam satu amsa, kaedah ini sama sekali tak berkesan.
Ini kerana, untuk penghasilan anak pokok, pokok pisang dewasa mengambil masa yang
lama.
Jadi, kaedah terbaik dan efektif untuk penghasilan anak pokok pisang dalam kuantiti yang
banyak dan cepat adalah melalui bonggol nya. Kebiasaan, dari bonggol yang telah di
tebang pokok nya untuk tujuan di tuai, ia mampu menghasilkan lebih daripada 5 anak
pokok dalam satu masa. Namun ia bergantung kepada jenis dan saiz bonggol pisang.
Berikut adalah cara-cara penghasilan anak pokok pisang dari bonggol nya.
1. Pilih bonggol pisang yang betul-betul kelihatan sihat dan bersihkan dari segala kotoran
termasuklah tanah dan akar-akar yang panjang. jangan risau, kalau akar nya tiada kerana
pisang bonggol pisang masih boleh menyerap nutrisi yang dibekalkan
2. Potong bonggol pisang mengikut kesesuaian mata tunas. Kebiasaannya, saiz yang
digunakan adala 12x12cm
3. Bonggol yang telah siap dipotong tadi direndam ke dalam larutan anti fungus, benomyl
dan racun serangga selama 15 minit
4. Benih yang telah direndam boleh ditoskan dan terus disemai ke dalam medium semaian
yang telah disediakan di dalam polybag. Untuk medium semaian bonggol pisang, ia
memerlukan tanah yang mempunyai sliran yang baik. Oleh itu, medium serbaguna yang
telah siap perlu dicampur dengan pasir apda nisbah 1:1
5. Semaian perlu disimpan di bawah tempat tertutup untuk tempoh 1 bulan. Setelah 1
bulan, barulah ia sesuai dipindahkan ke tempat terbuka.
6. Setelah anak pokok berusia 3 bulan, barulah ia sesuai ditanam terus di tempat kekal.
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
ReplyDeletemampir di website ternama I O N Q Q
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-q
~domino99
~poker
~bandar66
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217