Thursday, June 18, 2020

Keberkesanan racun ini dilaporkan setanding dengan racun sintetik Furadan yang terdapat dipasaran pada masa ini

Carbofuran ialah bahan bioaktif bagi beberapa jenis jenama produk racun perosak seperti Furadan.  Racun ini sangat berkesan untuk kawalan perosak pengorek batang dan juga buah kerana ianya bersifat sistemik.  Bahan aktif racun ini diambil menerusi akar dan dipindah ke bahagian lain tanaman iaitu batang, daun dan juga buah. Keberkesanan racun ini untuk membunuh serangga dewasa dan larva adalah sehingga 3 bulan dan ada yang sehingga 5 bulan.  Walau bagaimanapun penggunaan racun ini TIDAK DISYORKAN kepada pengusaha pokok tin kerana pokok tin sentiasa berbuah dan buah yang terhasil akan menyimpan racun ini.

Bagi menggantikan penggunaan Furadan sintetik pada tanaman, berikut adalah kaedah menghasilkan racun sistemik organik (sesuai untuk tanaman sekitar rumah, termasuk pokok tin). Keberkesanan racun ini dilaporkan setanding dengan racun sintetik Furadan yang terdapat dipasaran pada masa ini.

Bahan yang diperlukan

Bahan furadan organik hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu
1.  Buah jering matang
2.  Belerang
3.  Pasir

Cara membuat

Cara pembuatannya adalah seperti berikut:

1. 10 biji buah jering (diambil isi jering) dikisar, diparut atau ditumbuk halus

2. Masukkan jering yang telah dikisar, diparut atau ditumbuk halus ke dalam bekas/besen

3. Tambahkan 4 camca/ sudu teh belerang/sulfur

4. Tambahkan 6 cawan pasir halus

5. Gaulkan bahan tersebut hingga sebati

6. Tutup bekas/besen dengan pembalut plastik/ wrapper dan simpan di tempat kering selama 1 minggu

7.  Furadan organik boleh digunakan dengan mencampurkan dengan tanah untuk tujuan pemasuan, semaian biji benih atau tabur rata di keliling tanaman anda.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment