Friday, August 11, 2017

RAHSIA PETANI THAILAND GUNA TELUR DENGAN AIR KELAPA BUAT POKOK BERBUAH CEPAT DAN LEBAT

Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda

Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali
http://kualipanas.com/2017/08/11/video-resepi-rahsia-petani-thailand-guna-telur-dengan-air-kelapa-buat-pokok-berbuah-cepat-dan-lebatbegini-cara-nak-sediakannya/

Wednesday, August 9, 2017

CARA MEMBUAT BAJA KOMPOS


CARA MEMBUAT BAJA KOMPOS

http://ideaberkebun.blogspot.my/2013/02/cara-membuat-baja-kompos.html

Pelbagai jenis sisa bahan makanan seperti sayur, beras,roti di kumpulkan.

1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan sisa bahan makanan apabila digaul.
Sejemput Kapur – iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
Sebotol minuman Yakult

Nota:

Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan percuma. Daun kering dan rumput yang di potong juga boleh digunakan.
Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bakteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yangdiperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
Tong takungan pemeraman hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bakteria. Peranan bakteria ialah sebagai pelerai organan dari bahan sisa yang dijeruk-peram. Lebih banyak bakteria hidup berada dalam bahan yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.


Cara Memproses:

Semua sisa makanan yang dikumpul dicincang dan digaulkan kemudian di masukkan ke dalam satu tong takungan.
Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan bahan yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
Gaulkan adunan dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.


Nota:
Proses kompos akan berlaku lebih cepat jika di lakuakan pada musim panas. Mengikut pengalaman saya proses akan mengambil masa 7 hari sahaja pada musim panas. Produk kompos yang terhasil dengan sempurna akan kelihatan seperti tanah gembur kehitaman dan berbau segar. Sepanjang proses jeruk-peram, ia akan mengeluarkan sedikit bau yang kurang menyenangkan, dari itu kita perlu sentiasa menutup kemas tong takungan dan sekali-sekala kita perlu mengaulkan bahan tersebut mengunakan skop atau sudip bagi mesebatikan adunan bagi menghasilkan produk kompos yang berkualiti.

Setelah baja kompos yang terhasil anda gunakan pada tanaman. Anda pasti akan berpuas hati pada produk tanaman anda dari segi saiz dan kualitinya. Sebab itulah para petani mengelarkannya ‘Emas Hitam’

salah satu kaedah untuk membuat baja organik sendiri

membuat baja organik sendiri:

1.Sediakan Tong sampah berpenutup
2.Masukan 20% tanah dalam tong tersebut
3.Masukan air dalam tong sersebut melebihi paras tanah tadi
4.Masukan sisa makanan (nasi,batang sayuran, dll) dan tutup tong tadi
5.Peram bahan-bahan tadi sehingga 14 hari
6.Masukan sebotol Yakult
7.Masukan juga Yis (serbuk penaik pon boleh)
8.Peram semula dan tunggu 7 hari

selepas 7 hari peraman tersebut akan menghasilkan cecair. tercair tersebut banyak mengandungi bahan organik. Tuan Puan boleh mengunakan cecair ini untuk membaja, samada mencampurkan cecair ini dengan air biasa atau terus ke pokok. tetapi sebaiknye mencampurkan sedikit air biasa. sebanyak mana pun cecair ini dugunakan ia adalah selamat.


Cara Buat Penggalak Tanaman

Cara Buat Penggalak Tanaman

Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah gunalah…
Bahan-bahan
PENGGALAK TANAMAN
Bahan A. Kisar halus pisang, nenas, betik, kangkung dan belacan.

Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan



PENGGALAK TANAMAN
Bahan B. Susu, gula merah, telur dan beras hancur.

Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air



Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.
Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.

Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.




Cara Membuat
Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.
Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.
1. Campur bahan A (yg dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.
2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair. Jangan tanya saya kenapa, kalau nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, diaorang suruh buat macam tu.
 Tabur ragi di atas permukaan bahan.
Tabur ragi di atas permukaan bahan.
3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).
Tutupkan dengan kain
Tutupkan dengan kain
4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jangan usik usik dia.
Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.
Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.
5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.
step 5 pt
6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran. Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan sedikit berlendir.
Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.
Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.
Cara penggunaan.
Cairkan PT, 10ml atau 20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.
Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.
Nota : Penggalak Tanaman ini saya ubahsuai dari resepi Jabatan Pertanian

Sekian,

Cara Membuat Baja Organik Cecair Untuk Sayur dan Buah


Bahan :
1.      1.  100 liter air hujan




2.       2.    Gula merah – 10 kg




3.       3.     Betik Masak – 10 kg



4.      4..  Pisang masak – 10 kg

5.         5.   Kangkung – 10 kg


6.            6.   Labu manis – 10 kg



7          7.      Belancan atau udang baring – 10 kg
  


8             8.   Telor – 30 biji



       
9             9.      Ragi basah – 3 buku atau Ragi  untuk buat tapai beras  - 5 biji



1          10.     Susu segar – 10 liter ( Bagi melon – 14 liter)


Cara Buat( Proses )

a.        a.   Untuk  digunakan  bagi tanaman  cili

  • -          Isi air hujan  100 liter ke dalam tong biru (100 liter)
  • -       Masukkan tahi ayam sebanyak 2 – 3 guni dan ikat guni dengan tali
  • -        Rendam selama 4 hari
  • -        Selepas 4 hari , blend (hancurkan) semua barang kecuali  yis,  susu dan gula merah
  • -        Masukkan bahan bahan  yang telah di blender tadi  ke dalam tong dan tutup kemas  dengan tudung (tanpa udara).
  • -        Perap selama 8 hari di tempat gelap atau teduh.


b.     b.Untuk Boster bagi tanaman  Melon dan lain-lain tanaman   

  • -          Isi air hujan  100 liter ke dalam tong biru
  • -          Blend semua barang kecuali  yis,  susu dan gula merah
  • -          Masukkan bahan bahan di atas yang telah di blender ke dalam tong dan tutup kemas.
  • -          Perap selama 8 hari di tempat gelap atau teduh.
Cara Guna
     a.  1 Liter  air di campur dengan 10 ml Boster dan di masukkan ke dalam pam galas.                       Sembur 3 x               seminggu pada pokok.
           Atau boleh diguna dalam fertigasi:
-          2 hari guna baja A dan B
-          2 hari selepas itu guna baja boster dengan kadar 4 liter/ tong
-          2 hari selepas itu  baja Boster dan A dan B ---campur 4 liter Boster / tong---2.4       

      . Atau setelah dicairkan dengan air sembur pada tanaman



Mesin Gerudi Telaga Tiub Yang Pertama Di Malaysia

Mesin Gerudi Telaga Tiub Yang Pertama Di Malaysia


Buat pertama kalinya mesin gerudi telaga tiub di cipta di Malaysia bersaiz portable dan boleh di muatkan kedalam kereta. Mesin ini boleh mencapai kedalaman 200 kaki gerudi secara menegak ke dalam bumi hingga ke sumber air . Tak perlu penat lagi bagi mereka yang mencari rezeki mengorek telaga tiub.

Pakej yang ditawarkan:

1. a) Mesin 5hp (Jenama Subaru)
    b)Mata drill bersaiz 4 inci
    c)Swivel atau balang air
       Harga RM5000.

2. a) Mesin 7hp (Jenama Mitsubishi)
    b)Mata drill bersaiz 4 inci
    c)Swivel atau balang air
       Harga RM6500.

3.a) Mesin 7hp (Jenama Honda)
   b)Mata drill bersaiz 4 inci
   c)Swivel atau balang air
      Harga RM7500.

call
azizi  0124112407
azi_fauz@yahoo.com

http://www.youtube.com/watch?v=BVLgR0XPF-E

MESIN GERUDI AIR BAWAH TANAH (MESIN BORING)
myIklan
Mesin Gerudi Air bawah tanah guna Engine hydraulic.Layari http://azifrealty.wordpress.com atau search youtube "azifauz".Khidmat carigali air pun ada seluruh Malaysia .Azizi 0124112407


**********************************************************************


Semua Mesin & Peralatan yang di tunjukkan adalah hasil ciptaan dan rekaan pihak kami, tempahan dan pembelian boleh di uruskan dengan menghubungi kami di email
atau
atau tel : 012-4112407  azizan
Alamat : 252, Lorong Semarak 9, Taman Semarak, 09000 Kulim, Kedah
https://azifrealty.wordpress.com/mesin-peralatan/


Tuesday, August 8, 2017

Tanam Chili Fertigasi

Tanam Chili Fertigasi

Cili Capsicum annum (Solanaceace)

MAKLUMAT AM :

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ianya dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual dibawah. Kandungan Zat Pemakanan Cili ( Bagi Setiap 100g Yang Dimakan ) 

           Kandungan                 Kuantiti      Protein 2.80 mgLemak 0.70 mgKalsium 15.0 mgFosforus 80.0 mgNatrium 0.00 mg Vitamin B1 0.20 mg Vitamin B2 0.10 mg Vitamin B3 ( Niacin ) 0.70 mg Vitamin C 175.00 mg Karbohidrat 9.5 g Serabut 0.00 g Besi 1.80 mg Kalium 0.00 mg Karotena Beta 2739.00 ug 

Sumber : MARDI – Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran (1990 )


Keperluan Asas :
  • MEDIA TANAMAN
  • PEMILIHAN VARIETI
  • SISTEM PENGAIRAN
  • PENJAGAAN DAN KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
  • PENGIRAAN KOS PROJEK

Media Tanaman :
  • Sabut kelapa yang telah diproses.
  • Paling banyak digunakan.
  • Murah dan mudah didapati.


Penyediaan Beg Tanaman :

Bahan-bahan

  • Sabut kelapa
  • Polibeg 16x16

Cara-cara

  • Masukkan sabut kelapa ke dalam polibeg sehingga penuh. Anggaran berat setiap satu polibeg ialah 800gm ( kering ) atau 2.5 - 3.0 kg ( lembab )

Pemilihan Varieti :

  • Kulai Hybrid 568
  • Kulai Hybrid 469
  • Kulai Hybrid 151
  • Sentil ( Cili Api )


Teknik Penyemaian Benih :

  1. Menggunakan Peat Moss yang diisikan ke dalam plug dulang semaian 104 lubang.
  2. Pastikan Peat Moss yang tidak berketul-ketul sahaja digunakan.
  3. Biji disemai tidak terlalu dalam.
  4. Sembur Peat Moss ke dalam dulang semaian dengan air bersih.
  5. Simpan dulang semaian ini dalam beg plastik hitam.
  6. Penyemburan air kosong perlu dilakukan pada hari kedua.
  7. Biji benih akan mula pecah pada hari keempat atau kelima.
  8. Buka plastik dan susun dulang-dulang semaian.
  9. Anak-anak benih ini perlu dilindungi dari serangan serangga seperti siput dan belalang. ( Sebaiknya dikelambukan )
  10. Basahhkan Peat Moss dengan air baja fertigasi dengan bacaan EC 1.8 dua hingga 3 kali sehari mengikut keperluan.


Teknik Penanaman :

  1. Anak benih yang mencapai umur 18-20 hari boleh ditanam dalam polibeg.
  2. Polibeg hendaklah disiram sehingga cukup basah.
  3. Kerja-kerja penanaman hendaklah siap dalam 1 hari.
  4. Anak benih hendaklah ditanam di tengah-tengah polibeg bantal.
  5. Pacak microtube atau arrow dripper ditepi pokok.
  6. Selepas selesai menanam. siram anak benih dengan air kosong 3 kali sehari selama 2 hari.
  7. Pilih anak benih yang cukup sihat semasa penanaman.


Teknik membuat bancuhan baja :

  • STOK A
  1. Bancuh baja sehingga larut satu persatu ( guna baldi plastik 18L ).
  2. Masukkan ke dalam Tong A ( 100L ).
  3. Kacau larutan sehingga sebati.
  4. Kemudian tutup Tong stok A.
  • STOK B
  1. Bancuh kesemua baja sehingga larut satu persatu ( guba baldi plastik 18L ).
  2. Kesemua larutan di simpan di dalam Tong B ( 100L ).
  3. Kacau larutan baja sehingga sebati.
  • UNTUK PENITISAN
  1. Isi dalam tangki 600 gelen ( 2600 L ).
  2. Sukat bacaan sehingga EC 1.8-2.0.


GERAK KERJA SEPANJANG TEMPOH PENANAMAN CILI

Aktiviti sebelum penanaman dilakukan :

  • Mengisi sabut kelapa dalam polibeg.
  • Menyusun polibeg dalam jarak 15' x 15'.
  • Siram polibeg hingga cukup basah.
  • Periksa microtube dan pastikan microtube tidak tersumbat.
  • Pastikan polibeg dan microtube dalam keadaan baik dan anak benih sedia untuk ditanam ke dalam polibeg.
  • Buat tingkap di tengah-tengah bantal polibeg.
  • Penanaman mula boleh dilakukan. Biasanya akan disiapkan dalam masa sehari.


Aktiviti selepas penanaman dilakukan :

  1. Anak pokok perlu disiram dengan air kosong 3 kali sehari selama 2 hari.
  2. Titisan larutan baja akan dilakukan pada hari per-1 hingga hari ke-2. 150ML setiap titisan dan dilakukan 3 kali sehari pada pukul 8pg, 11pg dan 5 ptg.
  3. Pencegahan penyakit Pythium akan dilakukan pada hari ke-4 dan ke-14.
    • Guna previcuren
    • Penitisan larutan baja dihentikan selama 2 jam selepas penyiraman racun kulat dilakukan.
  4. Kepekatan baja yang akan dilakukan di antara 1.8-2.0 pada bacaan EC sehingga akhir hayat pokok.
  5. Pada hari ke-7 tunas air pokok mulai tumbuh. Pada masa ini tunas air pokok perlu dibuang dengan menggunakan tangan tanpa menggunakan peralatan lain dengan menarik ke sisi pokok.
  6. Pada hari ke-14 hingga 20 pacak kayu pancang berbentuk X akan digunakan pada pokok supaya tidak tumbang.
  7. Pada hari ke-20 hingga 27 :
    • Ikat tali raffia pada pokok kepada tali / dawai penghubung antara pancang.
    • Kerja-kerja kawalan perosak hendaklah sentiasa dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  8. Pada hari ke-20 hingga 150 :
    • Kerja pengawasan akan dilakukan dalam tempoh ini dan segala kerosakan akan dirawat dengan segera.
  9. Pada hari ke-75 hingga 150 :
    • Pada tempoh ini buah pertama mula masak dan penuaian akan dilakukan dalam tempoh ini untuk dipasarkan.
  10. Pada hari ke-150 ( 5 BLN ) :
    • Kerja-kerja pembaharuan akan dibuat dan pokok-pokok yang sudah tamat tempoh akan dihapuskan dan akan ditanam yang baru
Mardi