Tanam Chili Fertigasi
Cili Capsicum annum (Solanaceace)
MAKLUMAT AM :Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ianya dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual dibawah. Kandungan Zat Pemakanan Cili ( Bagi Setiap 100g Yang Dimakan ) Kandungan Kuantiti Protein 2.80 mgLemak 0.70 mgKalsium 15.0 mgFosforus 80.0 mgNatrium 0.00 mg Vitamin B1 0.20 mg Vitamin B2 0.10 mg Vitamin B3 ( Niacin ) 0.70 mg Vitamin C 175.00 mg Karbohidrat 9.5 g Serabut 0.00 g Besi 1.80 mg Kalium 0.00 mg Karotena Beta 2739.00 ug Sumber : MARDI – Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran (1990 )Keperluan Asas :
- MEDIA TANAMAN
- PEMILIHAN VARIETI
- SISTEM PENGAIRAN
- PENJAGAAN DAN KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
- PENGIRAAN KOS PROJEK
Media Tanaman :
- Sabut kelapa yang telah diproses.
- Paling banyak digunakan.
- Murah dan mudah didapati.
Penyediaan Beg Tanaman :Bahan-bahan
- Sabut kelapa
- Polibeg 16x16
Cara-cara
- Masukkan sabut kelapa ke dalam polibeg sehingga penuh. Anggaran berat setiap satu polibeg ialah 800gm ( kering ) atau 2.5 - 3.0 kg ( lembab )
Pemilihan Varieti :
- Kulai Hybrid 568
- Kulai Hybrid 469
- Kulai Hybrid 151
- Sentil ( Cili Api )
Teknik Penyemaian Benih :
- Menggunakan Peat Moss yang diisikan ke dalam plug dulang semaian 104 lubang.
- Pastikan Peat Moss yang tidak berketul-ketul sahaja digunakan.
- Biji disemai tidak terlalu dalam.
- Sembur Peat Moss ke dalam dulang semaian dengan air bersih.
- Simpan dulang semaian ini dalam beg plastik hitam.
- Penyemburan air kosong perlu dilakukan pada hari kedua.
- Biji benih akan mula pecah pada hari keempat atau kelima.
- Buka plastik dan susun dulang-dulang semaian.
- Anak-anak benih ini perlu dilindungi dari serangan serangga seperti siput dan belalang. ( Sebaiknya dikelambukan )
- Basahhkan Peat Moss dengan air baja fertigasi dengan bacaan EC 1.8 dua hingga 3 kali sehari mengikut keperluan.
Teknik Penanaman :
- Anak benih yang mencapai umur 18-20 hari boleh ditanam dalam polibeg.
- Polibeg hendaklah disiram sehingga cukup basah.
- Kerja-kerja penanaman hendaklah siap dalam 1 hari.
- Anak benih hendaklah ditanam di tengah-tengah polibeg bantal.
- Pacak microtube atau arrow dripper ditepi pokok.
- Selepas selesai menanam. siram anak benih dengan air kosong 3 kali sehari selama 2 hari.
- Pilih anak benih yang cukup sihat semasa penanaman.
Teknik membuat bancuhan baja :
- Bancuh baja sehingga larut satu persatu ( guna baldi plastik 18L ).
- Masukkan ke dalam Tong A ( 100L ).
- Kacau larutan sehingga sebati.
- Kemudian tutup Tong stok A.
- Bancuh kesemua baja sehingga larut satu persatu ( guba baldi plastik 18L ).
- Kesemua larutan di simpan di dalam Tong B ( 100L ).
- Kacau larutan baja sehingga sebati.
- Isi dalam tangki 600 gelen ( 2600 L ).
- Sukat bacaan sehingga EC 1.8-2.0.
GERAK KERJA SEPANJANG TEMPOH PENANAMAN CILIAktiviti sebelum penanaman dilakukan :
- Mengisi sabut kelapa dalam polibeg.
- Menyusun polibeg dalam jarak 15' x 15'.
- Siram polibeg hingga cukup basah.
- Periksa microtube dan pastikan microtube tidak tersumbat.
- Pastikan polibeg dan microtube dalam keadaan baik dan anak benih sedia untuk ditanam ke dalam polibeg.
- Buat tingkap di tengah-tengah bantal polibeg.
- Penanaman mula boleh dilakukan. Biasanya akan disiapkan dalam masa sehari.
Aktiviti selepas penanaman dilakukan :
- Anak pokok perlu disiram dengan air kosong 3 kali sehari selama 2 hari.
- Titisan larutan baja akan dilakukan pada hari per-1 hingga hari ke-2. 150ML setiap titisan dan dilakukan 3 kali sehari pada pukul 8pg, 11pg dan 5 ptg.
- Pencegahan penyakit Pythium akan dilakukan pada hari ke-4 dan ke-14.
- Guna previcuren
- Penitisan larutan baja dihentikan selama 2 jam selepas penyiraman racun kulat dilakukan.
- Kepekatan baja yang akan dilakukan di antara 1.8-2.0 pada bacaan EC sehingga akhir hayat pokok.
- Pada hari ke-7 tunas air pokok mulai tumbuh. Pada masa ini tunas air pokok perlu dibuang dengan menggunakan tangan tanpa menggunakan peralatan lain dengan menarik ke sisi pokok.
- Pada hari ke-14 hingga 20 pacak kayu pancang berbentuk X akan digunakan pada pokok supaya tidak tumbang.
- Pada hari ke-20 hingga 27 :
- Ikat tali raffia pada pokok kepada tali / dawai penghubung antara pancang.
- Kerja-kerja kawalan perosak hendaklah sentiasa dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Pada hari ke-20 hingga 150 :
- Kerja pengawasan akan dilakukan dalam tempoh ini dan segala kerosakan akan dirawat dengan segera.
- Pada hari ke-75 hingga 150 :
- Pada tempoh ini buah pertama mula masak dan penuaian akan dilakukan dalam tempoh ini untuk dipasarkan.
- Pada hari ke-150 ( 5 BLN ) :
- Kerja-kerja pembaharuan akan dibuat dan pokok-pokok yang sudah tamat tempoh akan dihapuskan dan akan ditanam yang baru
Mardi
No comments:
Post a Comment