Tuesday, July 30, 2019

PENYAKIT KAMBING, RAWATAN & PENCEGAHAN

PENYAKIT KAMBING, RAWATAN & PENCEGAHAN
1. MENGENALI PENYAKIT KAMBING
Mengenali penyakit kambing adalah sangat mustahak bagi setiap usahawan ternak agar dapat menghindari penyakit-penyakit tersebut daripada menyerang ternakan mereka secara meluas. Kefahaman mengenai penyakit kambing dapat membantu penternak mengawal ia dari merebak serta mengelakkan kematian dan seterusnya dapat menjadikan projek penternakan mereka berdaya maju.
Musuh utama ternakan kambing yang selalunya menjadi punca kematian jika tidak dikawal dan dirawat adalah parasit(terutamanya cacing dan coccidia) dan bakteria pasteurella (yang menjadi penyebab penyakit pneumonia).
Walau bagaimana penternak juga mesti memahami penyakit-penyakit lain yang biasa menyerang ternakan kambing. Antaranya adalah:
1. Cirit-birit (Diarrhoea)
Kaedah Rawatan :
Kaedah Pencegahan Awal :
i. Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan bakteria.
ii. Pemakanan konsisten, elakkan dari mengubah jenis konsentrat atau menambah kuantitinya secara mendadak.
iii. Jika perlu menukar jenis konsentrat atau menambah kuantitinya, lakukan secara beransur-ansur.
iv. Elakan daripada memberi rumput atau dedaun yang terlalu muda atau yang terlalu banyak air atau bergetah.
v. Amalkan memberi minuman cecair anti-coccidiosis secara berkala, misalnya sebulan sekali.

2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
Kaedah Rawatan :
• Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
• Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
• Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelah 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
• Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
• Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti tetravet atau iodin.
3. Kembung (Tyumpang)
Penyebab Kembung :
• Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
• Terlalu banyak makan PKC,
• Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
• Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.
Tanda-Tanda Klinikal :
• Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
• Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
• Tidak mahu makan.
• Terbaring dan kesakitan.
• Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.
Kaedah Rawatan :
• Stomach tubing.
• Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
• Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
• Uruskan bahan makanan dengan betul.
'Stomach tubing' adalah kaedah mengeluarkan angin dari dalam perut kambing yang mengalami kembung dengan menggunakan salur tiub getah.
• Masukkan salur tiub berukuran kira-kira 0.5cm atau lebih besar sedikit ke dalam mulut kambing, dan tolakkan perlahan-lahan ke dalam rongga saluran pemakanan sehingga sampai ke perut rumen.
• InsyaAllah angin yang tersangkut di dalam perut akan dapat keluar melaui tiub tersebut dan kambing anda akan pulih dari penyakit kembing.
• Nota: Anda boleh menggunakan salur tiub jernih yang biasa digunakan oleh tukang rumah untuk menyukat ketinggian, ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai 'hardware'.
4. Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Antara faktor-faktor penyebab adalah:
• 'Stress' akibat perubahan iklim, perjalanan jauh, perpindahan tempat & perubahan persekitaran, pertukaran makanan secara mendadak.
• Pemakanan tidak bermutu.
• Bebanan cacing.
• Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
• Kandang terlalu padat - memudahkan penyebarab bakteria.
Tanda-tanda klinikal yang dapat dilihat adalah seperti :
• Pernafasan cepat / sesak nafas.
• Suhu tinggi / demam.
• Bunyi pernafasan tidak normal.
• Batuk, bersin, cecair dari hidung.
• Lemah, kurus, tiada selera makan.
Kaedah Rawatan :
• Gunakan antibiotik spektrum luas
• Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
• Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
• Elakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
• Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
• Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).
Pencegahan :
• Berikan suntikan pelalian (vaccination) bagi ternakan yang berusia 1 bulan ke atas.
• Induk bunting yang diberi suntikan pelalian dapat membantu anak mendapat antibodi terhadap pneumonia

Friday, July 26, 2019

KAEDAH SILAJ STARBIO

KAEDAH SILAJ

http://ktjpb.blogspot.com/2012/05/pembuatan-silage.html 

•Tong atau bekas yang bertudung
•Menggunakan kaedah silaj tertutup
•Tempoh Silaj 4 hari
•Beri makan pada ternakan


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:



Tumbuhan yang biasa di gunakan untuk
membuat silage


Pelepah Kelapa sawit
•Rumput Napier
•Rumput rampai
•Lalang
•Rumput Padang
•Batang Jagung
•Jerami padi
•Daun Keledek





Syamille Agrofarm & Resort Sdn. Bhd.
BOOK A ROOM
AddressLot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu, Kampung Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah, 33020 Kati, Kuala Kangsar, Perak.




•BAJA UREA 46%N


TONG ATAU BEKAS YANG BOLEH DITUDUNG BAGI PROSES PEMERAMAN PALLET MAKANAN TERNAKAN


•MOLASSES ATAU  GULA MERAH


DEDAK BERAS-yang biasa bagi makan kat ayam

RATIO BAGI PEMBUATAN SILAJ

•Tumbuhan Hijau - 75%
•STARBIO - 0.5%
•Baja Urea 46% N - 0.5%


Campuran Tambahan-
kalau nak campurlah x de pun x pe

- Molasses - 0.5% ke 1%
- Pallet Ternakan - 15%
- Dedak Beras - 10% 



CARA-CARA PEMBUATAN SILAGE




•POTONGKAN NAPIER, HIMPUNKAN 
DI SATU TEMPAT




•TABURKAN BAJA UREA KE ATAS 
HIMPUNAN NAPIER



TABURKAN STARBIO KE SERATA 
HIMPUNAN NAPIER



GAULKAN CAMPURAN NAPIER, 
BAJA UREA & STARBIO



MASUKKAN CAMPURAN TERSEBUT 
KE DALAM TONG ATAU BEKAS & 
DIPIJAK SEHINGGA MAMPAT 



•TUTUP CAMPURAN TERSEBUT 
MINIMA 4 HARI



PROSES SILAJ SEMPURNA
 SELEPAS PEMERAMAN 
SELAMA MINIMA 4 HARI




CAMPURAN TAMBAHAN (Jika Ada)

KEBAIKAN SILAJ

Dapat memberi makanan alternatif dari bahan buangan organik
•Dapat menjimatkan kos pemakanan
•Meningkatkan kandungan Protien dari bahan buangan organik



        kita bagi 2, 8 gr kita berikan pagi sedangkan 8 gr sisa kita berikan sore harinya. Tehnisnya ada 2 cara ;
    1. Larutkan urea sesuai takaran dengan air yang akan dicampur dengan dedak halus. Setelah larut sempurna baru dicampur               dengan dedak halus dan diaduk hingga rata.
    2. Campur air dengan dedak halus terlebih dahulu, setelah itu baru masukkan urea sesuai takaran kemudian aduk hingga larut           sempurna.
C. KONTRA INDIKASI ( PANTANGAN )
    Pemberian urea tidak serta merta untuk semua ternak sapi, tetapi hanya untuk ternak yang sehat saja..!!, tidak diperbolehkan       pada ternak sapi dalam kondisi berikut;
    1. Ternak yang sakit terutama sakit hati, yang biasanya mempunyai ciri - ciri sebagai berikut ;
       - Selaput mata kekuning - kuningan.
       - Tampak lesu.
       - Nafsu makan menurun.
       - Badan kurus dan lemah.
    2. Bayi sapi yang masih menyusu induknya.
D. RESIKO PEMBERIAN
    Sama dengan unsur kimia lain, pemberian dengan dosis yang berlebih akan beresiko terjadinya keracunan, denga                           tanda - tanda ;
    - Air liur yang berbusa.
    - Badan sempoyongan.
    - Mata terbelalak.
    - Napas pendek.
    - Keempat kaki lemah tak berdaya.
    dan dapat menimbulkan kematian dalam 2 - 60 menit kemudian.
E. PENANGGULANGAN KERACUNAN
    Meski terdapat resiko seperti itu, tetaPi tak perlu khawatir, karena ada cara sederhana dan sangat efektif untuk mengatasinya.       Bila tampak tanda - tanda keracunan pada ternak segera ;
    1. Ambil 3 botol cuka dengan kadar 30 % lalu larutkan dalam air hingga merata, kemudian minumkan pada ternak hingga habis.
    2. Bila menggunakan larutan cuka dengan kadar 12,5 %, ambil 3 botol, lalu larutkan dalam air hingga merata, kemudia                        minumkan pada ternak hingga habis.

    untuk itu tentu kita harus mempersiapkan minimal 3 botol cuka dengan kadar 30 %, atau 6 botol cuka dengan kadar 12,5 %           untuk setiap ternak, dan selalu mengawasi ternak sapi setiap habis diberi ransum campuran urea.

Bokashi

Makanan Ayam kampung

Bokashi Azolla.
Cara2 buat bokashi Azolla.
Bahan-bahan
- 1 kg Azolla
- 1 kg dedak biasa
- 50ml EM
- 50ml Molasses
- 1/2 liter air tanpa klorin
Cara-caranya
Campur EM, mollases dan air.
Gaul Azolla, dedak dan campuran EM/mollases hingga sebati.
Masukan dalam bekas kedap udara dan simpan selama seminggu sebelum digunakan.

SILAJ RUMPUT NAPIER

SILAJ RUMPUT NAPIER
Bahan-bahan
1. Rumput napier 160 batang - 80kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 800 gram
3. Garam - 800 gram
4. Urea – 400 gram
5. Air – 3.2 kg
6. Additif - EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – cth:-100ml laktos, 900ml air).
Kadar peratusan
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.
Cara- cara
1. Cincang/mesin rumput napier.
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari


SILAJ JAGUNG
Bahan-bahan
1. Pokok jagung 420 batang – 70kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 700 gram
3. Garam - 700 gram
4. Urea – 350 gram
5. Air – 2.8 kg
6. Additif – EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air).
Kadar peratusan
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.
Cara- cara
1. Cincang/mesin rumput napier
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/additif.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari