Tuesday, July 30, 2019

PENYAKIT KAMBING, RAWATAN & PENCEGAHAN

PENYAKIT KAMBING, RAWATAN & PENCEGAHAN
1. MENGENALI PENYAKIT KAMBING
Mengenali penyakit kambing adalah sangat mustahak bagi setiap usahawan ternak agar dapat menghindari penyakit-penyakit tersebut daripada menyerang ternakan mereka secara meluas. Kefahaman mengenai penyakit kambing dapat membantu penternak mengawal ia dari merebak serta mengelakkan kematian dan seterusnya dapat menjadikan projek penternakan mereka berdaya maju.
Musuh utama ternakan kambing yang selalunya menjadi punca kematian jika tidak dikawal dan dirawat adalah parasit(terutamanya cacing dan coccidia) dan bakteria pasteurella (yang menjadi penyebab penyakit pneumonia).
Walau bagaimana penternak juga mesti memahami penyakit-penyakit lain yang biasa menyerang ternakan kambing. Antaranya adalah:
1. Cirit-birit (Diarrhoea)
Kaedah Rawatan :
Kaedah Pencegahan Awal :
i. Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan bakteria.
ii. Pemakanan konsisten, elakkan dari mengubah jenis konsentrat atau menambah kuantitinya secara mendadak.
iii. Jika perlu menukar jenis konsentrat atau menambah kuantitinya, lakukan secara beransur-ansur.
iv. Elakan daripada memberi rumput atau dedaun yang terlalu muda atau yang terlalu banyak air atau bergetah.
v. Amalkan memberi minuman cecair anti-coccidiosis secara berkala, misalnya sebulan sekali.

2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
Kaedah Rawatan :
• Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
• Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
• Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelah 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
• Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
• Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti tetravet atau iodin.
3. Kembung (Tyumpang)
Penyebab Kembung :
• Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
• Terlalu banyak makan PKC,
• Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
• Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.
Tanda-Tanda Klinikal :
• Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
• Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
• Tidak mahu makan.
• Terbaring dan kesakitan.
• Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.
Kaedah Rawatan :
• Stomach tubing.
• Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
• Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
• Uruskan bahan makanan dengan betul.
'Stomach tubing' adalah kaedah mengeluarkan angin dari dalam perut kambing yang mengalami kembung dengan menggunakan salur tiub getah.
• Masukkan salur tiub berukuran kira-kira 0.5cm atau lebih besar sedikit ke dalam mulut kambing, dan tolakkan perlahan-lahan ke dalam rongga saluran pemakanan sehingga sampai ke perut rumen.
• InsyaAllah angin yang tersangkut di dalam perut akan dapat keluar melaui tiub tersebut dan kambing anda akan pulih dari penyakit kembing.
• Nota: Anda boleh menggunakan salur tiub jernih yang biasa digunakan oleh tukang rumah untuk menyukat ketinggian, ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai 'hardware'.
4. Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Antara faktor-faktor penyebab adalah:
• 'Stress' akibat perubahan iklim, perjalanan jauh, perpindahan tempat & perubahan persekitaran, pertukaran makanan secara mendadak.
• Pemakanan tidak bermutu.
• Bebanan cacing.
• Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
• Kandang terlalu padat - memudahkan penyebarab bakteria.
Tanda-tanda klinikal yang dapat dilihat adalah seperti :
• Pernafasan cepat / sesak nafas.
• Suhu tinggi / demam.
• Bunyi pernafasan tidak normal.
• Batuk, bersin, cecair dari hidung.
• Lemah, kurus, tiada selera makan.
Kaedah Rawatan :
• Gunakan antibiotik spektrum luas
• Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
• Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
• Elakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
• Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
• Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).
Pencegahan :
• Berikan suntikan pelalian (vaccination) bagi ternakan yang berusia 1 bulan ke atas.
• Induk bunting yang diberi suntikan pelalian dapat membantu anak mendapat antibodi terhadap pneumonia

1 comment: