Monday, March 2, 2015

Cara membuat EM dan Bokashi

https://impaxbokashi.wordpress.com/

Kali pertama saya diperkenalkan kepada istilah bokashi oleh seorang perunding pertanian, Hj Abd Rahman b Hj Omar dari Kuala Kedah, Kedah, pemilik HAR Agric Sdn Bhd. Bokashi bermaksud baja kompos / penapaian dalam bahasa Jepun. Haji Rahman ketika itu baru pulang dari Jepun, menggariskan kandungan tanah bokashi yang disyorkan oleh petani-petani Jepun:
BAHAN-BAHAN:
  1. EM1@ IMO alfa-g     20 ml
  2. Dedak kasar            1 guni
  3. Tahi ayam                1 guni
  4. Melukut                   1 guni      (beras patah / kepala beras)
  5. Gula merah              40 mg      (< 1kg)
  6. Air                           60 L
LANGKAH-LANGKAH:
  1. Campur dedak, tahi ayam & melukut, gaul sebati
  2. Masukkan gula merah dan EM kedalam tong pembancuh dan kacau
  3. Siram pada campuran (1) atau kompos/bokashi tadi
  4. Uji dengan mengambil segenggam bokashi & letak di atas permukaan lantai. (kadar air/ kelembapan yang betul adalah apabla bokashi bokashi duduk sekepal. Jika kurang air, kompos akan terlerai. Maka tambahkan air. Jika banyak air menitik semasa dikepal, kompos terlalu basah, maka tambahkan dedak.)
  5. tutup tanah bokashi dengan plastik. biarkan selepas 2 hari
  6. buka selepas 2 hari, tanah akan berwarna keputihan (45-65degC). panas.bolehmenyebabkan kulit melecur.Gaul guna scoop. uij semula. ulangi gaul dan uji setiap 2 hari sehingga 2 minggu. suhunya akan turun kepada 45-30degC
  7. selepas 2 minggu, tidak perlu tudung lagi, ridai2kan tanah. keringkan.
PELAJARI CARA MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN ORGANIK UNTUK PEMBUATAN BAJA KOMPOS.
Klik perkataan dalam ruangan LABEL di sebelah kanan ini.
Bokashi ini menggunakan sekumpulan bakteria yang dipanggil effective microorganism (EM). EM ini merupakan sumber volkanik atau gunung berapi terdiri daripada mycelium, sejenis kulat yang hidup di persekitaran suhu panas. Contohnya di kolam air panas semulajadi atau kawah volkano. ia berupaya meningkatkan menguraikan nutrien dalam baja kompos, merawat tanah dan menyuburkan tanaman. tindakan penghasilan kompos itu sebenarnya adalah aktiviti metabolisma / makan untuk EM. EM makan bahan organik lalu terurai kepada kompos yang mempunyai struktur lebih ringkas bagi penyerapan tumbuhan.
Dalam EM terdapat sejenis bakteria yang tidak memerlukan oksigen untuk menguraikan kompos, bakteria ini dinamakan anaerobik. Oleh itu pembikinan kompos perlu ditutup dengan plastik untuk membenarkan bakteria anaerobik bertindak dengan lebih berkesan. Kompos boleh menjadi sangat panas semasa proses penguraian berlaku sehingga mencecah 65deg Celcius. Warnanya akan bertukar kehitam-hitaman secara perlahan-lahan dan wap air akan terbebas. Lebih kurang seminggu ke 10 hari, kompos sudah siap digunakan.
Saya sudah mencuba resepi ini beberapa kali dan ia menjadi.Saya menggunakan tahi kelawar dan menambah zeolite untuk memperkasakan mikro dan makronutrien. Seminggu saja baja saya dah bertukar hitam dan saya gunakan selepas dua minggu. Pokok naik dengan sihat dan stabil. Ia lebih tahan hidup di tanah liat dengan taburan kompos. Tanah menjadi lebih lembut selepas 3-4 minggu.
Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment