Monday, March 2, 2015

Zeolite: Kepentingannya Dalam Tanaman Dan Sistem Pengairan

Zeolite: Kepentingannya Dalam Tanaman Dan Sistem Pengairan

OGO
Situasi membimbangkan yang berlaku pada masa kini, ialah tatkala terapat segelintir petani yang kurang mengambil berat mengenai faktor penjagaan selepas penanaman. Selain daripada kawalan serangga dan rumpai, antara elemen yang paling penting dalam proses tumbesaran tanaman ialah faktor pembajaan yang merupakan sumber asas makanan kepada tumbuhan. Fenomena yang berlaku pada masa kini, ialah kerancakkan penggunaan baja kimia yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia yang juga sebenarnya merosakkan struktur tanah yang sudah pastinya akan mengurangkan sumber hasil pertanian pada masa akan datang.
Maka, dalam entri terawal pada hari ini ialah kita akan membincangkan penggunaan Zeolite dalam proses penjagaan tanaman.
Apakah yang kita faham mengenai Zeolite?
Zeolite merupakan kumpulan galian yang unik yang terasil daripada proses Endapan berjuta-juta tahun dahulu  hasil daripada proses letusan gunung berapi. Apakah kepentingan galian ini kepada tanaman anda? Baiklah, kandungan yang terdapat dalam di dalam Zeolite ialah Kalsium, Pottasium,Magnesium, dan kadar pertukaran ion (CEC) sebanyak 120 meq/100g. CEC (Cation Exchange Capacity) atau kadar pertukaran Ion merupakan elemen yang paling untuk mengikat dan menarik bajadan juga sumber-sumber makanan yang berdekatan agar kekal lebih lama tanpa berlakunya pembaziran.

Apakah Kegunaan Zeolite?
Pertanian:
  • Menyerap kandungan nutrient dalam tanah dan mengagihkan kepada tumbuhan.
  • Mencegah kehilangan nutrient.
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit tanaman,
  • Memulih dan memelihara tanah dengan baik sekali.
  • Meningkatkan berat hasil tanaman.
  • Meningkat jangka hayat tanaman.
  • Menyerap 55% air dan menyebarkannya perlahan-lahan kepada tanaman mengikt keperluan.
  • Mengurangkan akar busuk atau rosak dan sesuai untuk musim kemarau yang sederhana.
 Bidang Penternakan Akuakultur
  • Meningkatkan tumbesaran ikan dan ternakan lain.
  • Mengimbangi pH dalam air.
  • Menyerap dan mengunci logam berat, mengelak pembentukan logam berat dalam air.
  • Membaiki dasar kolam dan mengurangkan kandungan ammonia dalam air.
Makanan Tambahan Ternakan
  • Mengurangkan kadar kematian
  • Mengurangkan kehadiran serangga dan lalat.
  • Mencegah penyebaran penyakit.
  • Meningkatkan hasil, kadar kehidupan ternakan ruminant dan unggas.
  • Mengurangkan dan mencegah kenaikkan kandungan ammonia.
Pembersihan Dan Penapisan Air
  • Meningkatkan aktiviti biologi di dalam kolam, kolam kumbahan dan penguraian sisa.
  • Sebagai media pengasingan logam berat dalam air dalam industri perlombongan.
Faedah Menggunakan Zeolite ?
  • Tumbesaran pokok bertambah baik dan sihat.
  • Berat buah-buahan, sayur-sayuran, padi, getah, kelapa sawit dan lain-lain akan bertambah.
  • Daya tahan penyakit kepada tanaman akan bertambah.
  • Pengurangan baja kimia, dalam keadan yang sama hasil tanaman bertambah baik.
  • Mesra alam, dan mengelak daripada kerosakkan tanah.
Cara Penggunaan:
Tanaman
Kuantiti
Masa/Kekerapan
Cara Penggunaan
Kelapa Sawit, Koko, Tebu, Getah, Padi, Balak, Kenaf
100-200kg/ekar
(4-8 Beg/Ekar)

Semasa penyedian tanah
1. Tabur keliling pokok.
Atau:
Buah-buahan & Sayur-sayuran
75-150 kh/ekar
(3-6 Beg/ekar)
Campurkan ketika membaja
2.Gali tanah dan tanam.
Atau

3.Tabur antara garisan tanaman.
Atau:
Rumput Padang Golf, Pokok Bunga
200g/m2
(2 Tan/Hektar)
3-4 kali setahun
4.Tabur dengan rata
 Analisis Kandunan Nutrien Gunung Berapi (Clinoptilolite) dalam Zeolite:

K       4
Na    12
Mg   18
Ca    85
119 meq/100g (cec)
  
Zeolite: Berasal Daripada Endapan Lahar Gunung Berapi Jutaan Tahun Yang Lampau.

No comments:

Post a Comment