Thursday, March 26, 2015

Penyakit Arnab : Rawatan & Pencegahan

Penyakit Arnab : Rawatan & Pencegahan

Salam 1Malaysia

" Orang yang baik adalah orang yang banyak memberikan manafaat kepada orang lain..."

Kali ni aku nak share sikit lah bagaimana nak handle situasi jika arnab2 anda mengalami simptom2 yg aneh, pelik dan jelek... sharing is caring

KURAP :
Ini yang paling biasa berlaku pada haiwan yang berbulu. Memang x dapat nak elak...jagalah mcm manapon sangkar & persekitaran tu tetap akan kene jugak....

TANDA AWAL :
Ada perubahan bau yg agak berbeza dari biasa.
Ada mcm bijik2 pasir halus dalam bhg dalam telinga
Celah2 kuku kemerah-merahan dan berkerak
Arnab sering mengitai2 kaki dan mengusap2 hidung kerana gatal
Hidung berkerak putih
Hilang selera makan

KESAN :
Boleh mengakibatkan kematian jika lambat di rawat
Boleh berjangkit kepada manusia dan haiwan lain

SEBAB UTAMA :
Persekitaran yang panas dan lembab, berdebu
Sangkar & persekitaran yang kotor
Jangkitan dr arnab atau haiwan lain yg berpenyakit

CARA MENGATASI :
Sentiasa pastikan persekitaran sangkar dan bangsal sentiasa bersih dan tidak berbau.
Elakkan dari najis dan kencing bertakung kerana akan mengundang bakteria.
Kurangkan penggunaan kayu dalam membuat sangkar. Kayu mudah membiakkan bakteria dan hama.
Sangkar hendaklah di layur/ bakar bagi mematikan kuman dan hama yg bersarang dan membiak pada bulu2 yang tersangkut di jaring sangkar.
Pastikan arnab/haiwan luar yang di bawa masuk adalah bebas penyakit.
Jika sakit terlalu teruk, berikan rawatan dan asingkan jauh dari sangkar lain/utama

KAEDAH RAWATAN
Berikan suntikan kurap pada kadar 0.1 ml atau kurang bagi berat sehingga 5 kg.
Bagi anak2 yang masih kecil boleh gunakan ubat kurap jenis oral
Mitos mengatakan boleh sapu je dgn minyak gamat, minyak itam, minyak angin, minyak dagu minyak wangi dan sebagainya hanyalah bg tujuan menghalang pembiakan tetapi tidak mematikan hama tersebut.
Jenis ubat kurap yang biasa di gunakan ialah : DORAMACTIN & KELAMACTIN


SORE HOCK :
Ni pon biasa terjadik pada arnab...terutamanya arnab jenis Rex.....aku rasa ni mungkin disebabkan jaring sangkar yang digunakan...lagipon kaki arnab kan x de tapak mcm kucing..dah la arnab ni plak jenis suka hentak2 kaki...haaaa lagi la cepat kene sore hock...


TANDA AWAL :
Bahagian bawah tapak kaki terutamanya kaki belakang akan ada luka2 kecil dan bernanah.Jika tidak diberi rawatan awal akan merebak sehingga ke seluruh tapak kaki. Arnab akan merasa tidak selesa utk berdiri dan berjalan. Akan menyumbang kepada stress.

KESAN :
Ini bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak berjangkit...so tak yah la risau yea adik2..hihihihih

SEBAB UTAMA :
Jaring sangkar yang halus dan tajam atau berkarat. Perpeluhan dari tapak kaki ini akan menghasilkan tindak balas kimia. Arnab yang selalu menghentak-hentak kaki juga amat mudah terdedah kepada bahaya sore hock...achheeewahhh...

CARA MENGATASI :
Lapik sangkar dengan pelapik plastik. Boleh di beli di mana2 kedai pet berhampiran, atau hubungi saya di talian 012-7123559 untuk maklumat lanjut. hihihih

KAEDAH RAWATAN :
Sapu minyak boleh...spry dgn ubat luka boleh...guna minyak gamat pon boleh...



SELESEMA :
Ni kes berat nih....sian arnab tu...tgk, sampai kuning2 hingus dia...hihihi
Ni biasa berlaku bila cuaca terlalu panas...sebenarnya bukan selesema tetapi hidung berair kerana terlalu panas....ni pon boleh membawa maut jika lambat di rawat





TANDA AWAL :
Arnab mula bergetar tanpa henti...mula2 getar kat telinga je sikit...pas tu getar makin kuat..makin lama makin kuat sampai satu badan ikut bergetar....dikenali sbg "heat stroke"....tu sebenarnya dia nak release haba dlm badan...bila dh terlalu panas, dan haba tak boleh dikeluarkan lagi, mula la hidung berair....kadang2 najis juga menjadi berlendir tetapi bukan cirit.

KESAN :
Kesanya arnab jadik murung...stress...kurang makan....x aktif , mati dll....

SEBAB UTAMA :
Suhu persekitaran terlalu panas atau arnab terdedah kepada suhu yang melampau...contohnye malam sejuk gila...siang plak panas berdentung....atau arnab terdedah kepada sinaran matahari secara langsung...

CARA MENGATASI :
Kawal suhu persekitaran supaya sentiasa stabil. Letakkan sangkar arnab anda di tempat yg teduh seperti underneath pokok kelapak atau di kawasan berbumbung/bangsal.
Elakkan dari terkena terik matahari secara langsung
Elakkan dari terkena hujan

KAEDAH RAWATAN :
Sebagai langkah awal, bagi arnab2 anda daun2 hijau bg merendahkan suhu badan secara semulajadi. Kurangkan pellet.
Ulam2 seperti pegaga, kacang botol dan ulam raja juga boleh diberi
Letakkan bekas berisi air didalam sangkar bg menurunkan suhu sangkar.
Air minuman juga boleh dicampur dengan sedikit garam kasar.

STRESS @ KEMURUNGAN :
Arnab ni jenis haiwan yang manja dan suka kepada suasana yang tenteram. Terdedah kepada bunyi bising dan gangguan manusia atau makhluk asing menyebabkan depa stress ...




TANDA AWAL :
Hilang selera makan
Tidak aktif
Hilang nafsu mengawan ( kes berat nih )

KESAN :
Boleh membawa maut...

SEBAB UTAMA :
Gangguan, bunyi bising, perubahan cuaca, perubahan persekitaran, perubahan makanan dan corak pemakanan, tiada pasangan utk mengawan ( jiwa kacau ), sakit dalaman dll

CARA MENGATASI :
Pastikan persekitaran arnab anda selesa...dah tu je...hahaha

KAEDAH RAWATAN :
Bagi anti stress la apa lagi

 CIRIT BIRIT :
Ini adalah punca kematian sebahagian besar arnab. sangat cepat membunuh...pagi kene kdg2 x sampai petang dah kiok...




TANDA AWAL :
Hilang selera makan
Tidak aktif
Stress
Najis menjadi cair, berwarna gelap dan berbau busuk

KESAN :
Boleh membawa maut

SEBAB UTAMA :
Perubahan / pertukaran mendadak Makanan & Minuman
Pellet sudah berkulat atau lama/expired
Air minuman kurang bersih atau kadar klorin terlalu tinggi

CARA MENGATASI :
Elakkan dr memberi sayur2an yang berair seperti kobis dan sawi
Elakkan dr memberi sayuran yg bergetah seperti kangkung atau pucuk ubi
Elakkan dr memberi sayuran yang di beli di pasar2 kerana dikhuatiri mengandungi kadar racun serangga yang tinggi

KAEDAH RAWATAN :
Cuci bahagian punggung yg kotor dengan air bersih.
Lap sehingga kering
Berikan ubat cirit denga segera
Letakkan disangkar yang berasingan
Elakkan dr memberi pellet buat sementara waktu
Ganti makanan dengan timoty hay atau rumput2 biasa.
Daun jambu batu dan daun pisang juga boleh membantu.



Begitulah serba sedikit cara Rawatan & Pencegahan Arnab anda....selamat beramal.

2 comments:

  1. TERIMA KASIH BANG ! SANGAT MEMBANTU 👍🏻 BOKEH ABG SUGGEST LAGI SAYUR YG BLH TURUNKAN SUHU BADAN ARNAB ?

    ReplyDelete