Sunday, October 25, 2020

Baja yara

CERITA BAJA YARA... YARA Kristalon
Dalam sehari dua ini banyak sekali perbincangan berkenaan dengan baja & pembajaan di dalam grup2 WhatsApp & Fb untuk pokok tin. Maklumlah musim pertumbuhan telah bermula setelah beberapa berehat disebabkan kekurangan pancaran matahari dan lembab. Antara baja yang disebut ialah ialah baja YARA - atau lebih spesifik YARA KRISTALON.
Pada pagi ini saya nak kongsi sikit maklumat berkenaan baja YARA & YARA KRISTALON.
Bagi saya baja YARA adalah antara jenama baja yang terbaik. Negara pengeluar asal adalah NORWAY walaupun pada masa ini kilangnya terdapat dipelusuk dunia. Baja secara umum dibahagikan kepada beberapa kumpulan bergantung kepada sifat fizikal baja tersebut:
1. YARA MILA - baja sebatian butir / ada pelbagai formulasi
2. YARA KRISTA - baja berbentuk kristal (contoh : MgS)
3. YARA VITA - baja sumber unsur surih
4. YARA VERA - berasaskan urea
5. YARA LIVA - baja berbentuk kristal (contoh Calcinit)
6. YARA KRISTALON - baja berbentuk kristal & larut sepenuhnya dalam air / ada pelbagai formulasi.

Baja YARA Kristalon :
YARA Kristalon adalah antara baja yang berbentuk kristal yang lengkap dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Selain daripada nutrient utama NPK, baja jenis ini juga ditambah dengan Mg dan elemen mikro. Pada masa ini ianya dipasarkan dalam 2 formulasi seperti berikut:
1. untuk pertumbuhan 18:18:18:MgO + Micro
2. untuk bunga / buah 12:12:36:Mg0+ micro
Antara kebaikan baja ini adalah seperti berikut:
3. larut sepenuhnya dalam air
4. boleh digunakan sebagai baja fertigasi atau siraman biasa
5. menghasilkan kesan / tindak balas yang cepat
6.  mempunyai nutrien yang lengkap untuk pertumbuhan
7. boleh digunakan sebagai baja semburan

Cara guna :
- siraman : 10 g / 10 liter air untuk anak pokok & 20 g / 10 liter air untuk pokok besar
- semburan : 10 g / 10 liter air

No comments:

Post a Comment