Tuesday, October 6, 2020

Manfaat daun ketapang untuk ikan laga


Ketapang?

Pokok ketapang ni memang tak asing kat Malaysia, pokok ni hampir ada kt mana-mana ja, mungkin korang tak perasan. Orang dulu-dulu guna pokok ni sebagai tempat berteduh sebab dia punya daun boleh tahan lebar juga. Nama botani atau nama ala-ala saintifik untuk pokok dipanggil Millania Catappa, boleh cuba search wikipedia kalau ragu-ragu dengan admin acecece. Khasiat dia banyak kt mana? Well, untuk ikan nie admin nak bagi batang dia pun tak tergamak besar bapa kot. Ambil daun je ye. Omputeh panggil daun ni Indian Almond Leaves, dorang pun guna daun nin jugak do bukan malaysia je. Tapi alhamdulillah kt Malaysia nak dapat daun ni senang, kalau sana mau kena pos-pos beli negara seberang sana. So syukur dipanjat disitu.

Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yg tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana daunnya yang agak lebar. Dulunya pokok ini dijadikan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orang petani kerana daunnya yang lebar dan rendang. Nama botani bagi pokok ketapang ialah Millania Catappa atau selalunya dipanggil Indian Almond Leaves. Setiap bahagian pada pokok ini mempunyai khasiat masing masing.

Mana kaitannya dengan ikan laga?

Daun ketapang ni dah diguna sejak turun temurun oleh kebanyakan penternak ikan laga dan dipercayai mampu memberi tenaga  luar biasa yang mana-mana haiwan tak boleh peroleh.Air rendaman daun ini memang cukup bagus untuk ikan laga kerana manfaat dari air rendamannya mampu memberi tenaga dalam amsa yang sama mengurangkan stress ikan laga. Alhamdulillah daun ni memang tak asing lagi di Malaysia serta mudah didapati, malah masyarakat luar negara berpusu pusu ingin mendapatkan daun ketapang untuk ikan laga mereka tambahan iklim negara tertentu tidak mengizinkan tumbuhan ini tumbuh bebas. 

Daun ketapang mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh mengurangkan nilai ph atau asid dalam air. Namun daun yang dipilih mestilah yang sudah kering kerana hanya yang kering boleh memberi air rendaman optimum untuk ikan laga.Daun ini bukan sahaja boleh merawat luka-luka pada ikan laga malah juga boleh memberi tenaga untuk ikan laga yang murung mahupun untuk pengawanan. Air rendaman daun ketapang ini berwarna agak coklat pudar.

  Pokok Ketapang
Daun ketapang adalah alternatif terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yg lebar dan besar. Daun ketapang bukan sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga digunakan oleh penternak untuk ikan kelisa ikan ikan koi dan banyak lagi ikan yang kebanyakkan ikan air tawae, antara manfaat lain daun ni mampu bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada ikan.

manfaat daun ketapang untuk ikan laga ialah


Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali


Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga


Merawat luka-luka pada ikan laga


Mencegah ikan laga dari terkena penyakit


Mengoptimum kesihatan ikan laga


Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan


Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium) 


Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat


Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit


Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap


Menggalak pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak


Mengurangkan stres/murung ikan laga


Suatu keadaan yg nyaman dan selesa untuk ikan laga

Perhatian/Amaran:

Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa ikan. 


Daun yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada ikan.


Cara Penggunaan:

Sekeping daun ketapang yg kering direndam ke dalam bekas/akuarium 


Kepingan tersebut boleh dibiar atau dialihkan setelah air bertukar kekuningan bertujuan memberi ruang untuk ikan bergerak.


Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong menjadi beberapa keping. 2-3 kepingan yang dipotong sudah cukup memadai untuk menukarkan warna air kepada kekuningan


Boleh digunakan ketika ikan laga sakit/stres


Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat bagi mencegah daripada terkena penyakit disamping memberi tenaga sampingan. *untuk mengawan*


Ditukar 1-2 mggu sekali

No comments:

Post a Comment