Kata-kata Jack Ma, yang saya kumpul dari status-status Puan Ainon Mohd
- Apabila kita ada duit, kita pun mula melakukan kesilapan.
- Tampal atap yang bocor semasa hari sedang panas.
- Kita mesti beranikan diri berfikir terbalik.
- Nothing is free!
- Jangan lawan harga. Lawan mutu servis.
- Mahu belajar berenang, tapi tak mahu masuk ke dalam air.
- Jangan risaulah bila kita silap. Kesilapan adalah sumber pendapatan.
- Dalam bisnes, mulakan dengan membuat yang mudah-mudah sahaja dahulu.
- Apabila kita optimistik, kita dapat mencipta peluang.
- Dalam bisnes kecil, kita lebih banyak gunakan otak.
- Ekonomi masa depan adalah ekonomi AI dan ekonomi data.
- Ekonomi akan datang adalah ekonomi bisnes semut kecil. Kecil tetapi banyak.
- Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu?
- Tolong budak-budak kecil. Mereka akan menjadi budak besar.
- Orang yang pandai buat barang, dia mesti berpartner dengan orang yang ada otak bisnes. Baru jadi!
- Jangan pilih nak bekerja di syarikat mana. Pilih nak bekerja di bawah boss mana. Pilih boss yang mahu mengajar kita.
- Jangan buat bisnes dengan gomen. Boleh bercinta saja, jangan kawen!
- Jangan nak cari orang yang terbaik. Cari orang yang sesuai.
- Semasa bisnes masih kecil, banyakkan guna otak, jangan banyak gunakan duit.
- Cari jalan macam mana nak selesaikan problem yang sama tetapi dengan menggunakan cara yang berbeza.
- Kita sorang-sorang takkan berjaya. Mesti cari partners. Mesti tubuhkan team.
- Dalam tempoh 3 tahun pertama sejak Alibaba dimulakan, $1 pun Alibaba tak ada revenue.
- Semua syarikat besar bermula dari bisnes amat kecil.
- Setiap tahun 130 juta rakyat Cina keluar untuk melancong. Ini sebuah 'negara' yang berjalan-jalan!
- Bila gagal, jangan tuduh orang lain.
-- Kita mesti lebih laju dari orang lain. Kita mesti bangun pagi lebih awal dari orang lain.
- Kita kena bantu orang-orang bisnes kecil. Mereka itu yang akan menjadi orang-orang bisnes besar.
- Jangan patah semangat. Bila kita patah semangat, itulah kegagalan sebenar.
-- Kita mesti bekerja sangat keras, sangat, sangat, keras. Kita mesti buktikan kita layak menerima bantuan.
- Kita mesti selalu fikir terbalik.
- Jangan risaukan apa yang pesaing-pesaing kita buat. Mereka itu yang risaukan kita!
- Jangan pernah nak berlawan dengan cara main harga. Lawan dengan memberikan servis lebih baik dan inovasi.
- Dalam bisnes, tidak ada yang percuma.
- Kalau kita rancang mahu berjaya dalam masa 3 tahun, bersedialah untuk 5 tahun.
- Kita tak boleh nak buat sorang-sorang. Kita kena team-up. Kita mesti pandai team-up.
- Mahu berjaya, kita mesti berfikir dalam tempoh 10 tahun.
- Sebelum umur 30 tahun, ikut sahaja orang yang sudah berjaya. Belajar bisnes dari orang itu.
- Sesiapa yang tak pandai berniaga dengan bangsa Cina, dia takkan pandai berniaga dengan mana-mana bangsa.
- Jaga semangat kita. Selagi kita bersemangat, selagi itu kita masih ada peluang berjaya.
- Alibaba tolong bisnes anda. Anda tolong bisnes Alibaba. Macam itulah caranya kita sama-sama jalankan bisnes.
- Bila ada orang berkata, jika dia ada duit dia mahu buat ini, ini, percayalah sampai bila-bila pun dia takkan buat apa-apa.
- Industri servis akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
- Kesilapan pada hari ini adalah income kita pada masa depan.
- Kita bunuh bisnes kita sendiri apabila customer tidak puas hati.
- Buat target, bisnes kita akan berjaya 10 tahun dari sekarang.
- Jika ada orang mengemukakan idea yang susah nak dibuat, jangan buang idea itu. Fikirkan macam mana dapat dibuat.
- Buat bisnes, ini mudah. Buat bisnes yang sustainable, ini tidak mudah.
- Mahu kaya bulan depan? Mahu berjaya tahun depan? Itu impossible!
- Hendak meyakinkan orang yang sudah berjaya supaya dia mahu terima idea kita adalah kerja sangat payah.
- Kita mesti sanggup melepaskan sesuatu yang berharga bagi mendapatkan sesuatu yang lebih berharga.
- Yang mampu mengubah dunia ini bukan teknologi, melainkan angan-angan individu di belakang teknologi itu.
- Sampai hari ini Alibaba tidak pernah pinjam $1 pun duit bank.
- Jangan tunggu sampai semua sudah betul baru nak mula. Apabila semua sudah betul, itu maknanya kita dah terlambat.
- Siapa yang cakap kalau dia ada duit dia akan buat itu, akan buat ini, percayalah dia takkan ada duit!
- Duit ikut di belakang orang. Orang ikut di belakang perjuangan.
- Kalau kita tak pandai berkawan, macam mana nak buat bisnes?
- Cuba tengok makcik yang menjual kodok. Tengok macam mana dia berniaga. Tiap-tiap hari kodoknya habis.
- Saya tidak sibuk nak buat duit. Saya sibuk mencipta nilai.
- Hari ini, nak memulakan bisnes amat mudah. Nak menjalankan bisnes yang sustainable, itu yang susah.
- Di Alibaba kita ada pasukan khas yang mengkaji bitcoin. Bitcoin is not for me. di CNBC
- Jangan dengar apa orang kata. Bila mereka kata idea kita bagus, maknanya peluang sudah habis orang lain ambil dulu.
- Jangan buat yang serupa macam Alibaba. Buat yang lebih baik daripada Alibaba.
- Jika mahu berjaya, kita mesti belajar team-up dengan orang-orang lain.
- Apabila kita sudah ada duit, kita pun mula melakukan kesilapan.
- Apabila sesuatu trend itu sudah hot, kita masuk bisnes lain, masuk bisnes yang masih sejuk!
- Saya bukan genius. Bila saya duduk dengan Gates, saya rasa saya genius. Dia tak pandai cakap Cina!
- Apabila umur sudah 50 tahun, kita ikut cara kerja orang yang lebih muda. Mereka lebih tahu daripada kita.
- Usahawan jangan suka komplen. Kita mesti buat sendiri. Demi bisnes kita sendiri!
- Sewaktu baru memulakan bisnes, jangan fikir apa yang kita boleh dapat, fikir apa yang kita boleh beri.
- Alibaba bukan sebuah syarikat. Alibaba adalah sebuah ekosistem.
- Usahawan yang berjiwa besar, mereka sentiasa optimistik tentang masa depan.
- Cari orang-orang yang mahu bersama-sama dengan kita kerana mereka menyokong cita-cita, visi, dan misi bisnes kita.
No comments:
Post a Comment